SELAMAT DATANG KE FARIZ DE SHOP



STAY FIT







STAY FIT

Stay Fit – Roselle Dietary Drink (untuk wanita sahaja) adalah satu jenama baru dipasaran tempatan dan khusus untuk wanita yang merupakan jus minuman diet untuk mengekalkan kelangsingan bentuk badan. Ianya merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui dengan 100% rumusan herba begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan. Rumusan formulanya yang mengikut kehendak wanita-wanita masa kini yang mementingkan penampilan diri agar lebih anggun dan bergaya disamping menjaga kesihatan luaran dan dalaman.


"TERBUKTI BERKESAN DAN TIADA KESAN SAMPINGAN"TANPA PERLU BERLAPAR
100% RUMUSAN EKSTRAK HERBA & SELAMAT

"HANYA 1 SACHET SEHARI SEBELUM TIDUR - MENJIMATKAN"
Mengandungi Collagen & Vitamin C yang tinggi
MELANCARKAN PEMBUANGAN AIR BESAR
MEMBANTU MERAWAT SEMBELIT & BUASIR

MEMBANTU MENGHILANGKAN KEPUTIHAN DAN SENGGUGUT
PENGKELASAN PRODUK MAKANAN - LULUS: KKM -163/S/25 jld. 87


JUS PRA-CAMPURAN ROSELLE, COLLAGEN, MIRIFICA,
KACIP FATIMAH, TEH HIJAU, VITAMIN C
, SERAT PSYLLIUM


KEBAIKAN :-

Minuman diet untuk mengawal berat badan dan kekal langsing, Melawaskan pembuangan air besar, Merawat sembelit dan buasir. Mengempiskan perut buncit. Memelihara usus, Mencantikkan struktur kulit, Menghilangkan keputihan & senggugut, Menjaga kesihatan dalaman wanita,

(NEW)
TESTIMONIAL 1
"Assalamualaikum.. saya ibu kepada 3 cahaya mata sangat berpuas hati dengan produk STAYFIT kerana berjaya menurunkan berat badan saya. Saya baru sahaja melahirkan anaksecara pembedahan. Bentuk badan susah sangat nak turun. Jadi, saya mencari produk yang sesuai dengan masalah di dalam internet. Berat badan sudah berkurangan sehingga 5 kg dalam sebulan. Saya tidak perlu berlapar, diet dan badan rasa ringan. Sekarang berat badan saya telah kembali langsing seperti anak dara. Untuk berinteraksi secara langsung sila add saya baby.aini@yahoo.com (facebook). Sembelit pun sudah tiada lagi dalam kamus hidup saya. Terima kasih STAYFIT."Pn Aini (Alor Star) - 
TESTIMONI 2
" Setelah saya bertukar kepada Stayfit bentuk badan saya lebih seksi kerana kini saya boleh mengenakan baju yang lebih kecil sehingga ada rakan-rakan yang mengatakan bentuk badan saya cantik, suami juga mengaguminya dan mengatakan Stayfit HEBAT. Dengan bentuk badan saya sekarang ada yang tidak mempercayai saya ibu kepada 5 orang anak. Saya sarankan kapada semua pembaca agar dapat memcuba Stayfit kerana ia tidak akan menghampakan anda semua itu janji saya AYU

TESTIMONI 3

" Syukur alhamdullilah, sejak saya mencuba stayfit, saya dapati berat badan saya menurun sebanyak 4kg daripada 69kg ke 65kg dalam masa sebulan. Walaupun permulaannya selera makan bertambah tapi lama kelamaan selera makan saya semakin kurang. Stayfit juga melawaskan proses pembuangan najis yang begitu berkesan selain daripada itu kulit bertambah anjal dan tegang dan yang paling saya gembira apabila berat badan saya hampir mencapai berat ideal saya ketika zaman anak dara. Ini membuatkan saya bertambah yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Terima Kasih Stayfit.

Wanita kini terlalu sibuk dengan urusan tidak kira wanita bekerjaya atau pun suri rumah. Mereka padat dengan aktiviti-aktiviti rutin harian sehingga perjagaan diri dilupakan. Kadangkala tidak berkesempatan untuk menjaga diet yang seimbang justeru memilih jalan mudah dengan membeli makanan ringan, snek dan makanan-makanan yang sudah siap dimasak untuk hidangan seisi keluarga. Kesannya bentuk badan yang dulu langsing sudah mula menampakkan kegemukan, kurang bertenaga, kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta wajah jadi tidak berseri.


Kekurangan kolagen didalam badan akan berlaku apabila usia kita meningkat. Kulit mula menjadi kusam dan tidak anjal. Pelawasan yang tidak sempurna sering mengakibatkan kulit kita bermasalah, berjerawat, perut buncit dan masalah sembelit. Payudara mula mengendur dan punggung tidak lagi montok seperti ketika dizaman remaja dahulu. Keputihan banyak keluar dan mengakibatkan gatal di alat sulit kita. Ini lah kesan-kesan negatif yang amat ditakuti oleh wanita-wanita.


Maka Anyys Beauty & Spa (AS0312780-H) yang beroperasi di Pekan Simpang Kuala, Alor Star, Kedah Darul Aman, telah berjaya mencipta satu formula yang terkini dan pertama di pasaran. Amat berkesan untuk wanita yang ingin nampak cantik, gebu, anggun dan menarik serta langsing sentiasa. Produk yang diberi nama Stay Fit – Roselle Dietary Drink dengan Kolagen, Pueraria Mirifica, Ekstrak Teh Hijau, Psyllium Husk, Vitamin C dan Kacip Fatimah.







Stay Fit – Roselle Dietary Drink dirumus dengan ekstrak herba-herba terpilih dan 100% semulajadi dan selamat. Dikilangkan mengikut prosidur Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), dan diklasifikasikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta HALAL



Produk ini di fokuskan khusus kepada golongan wanita :- A) Wanita yang ingin menurunkan berat badan dan ingin kekal langsing, B) Wanita yang masalah pembuangan air besar, C) Wanita yang inginkan kulit cantik, gebu dan payudara yang anjal, D) Wanita yang ingin menjaga kesihatan dalaman dan hubungan intim suami isteri.



Ramuan serat (psyllium husk) dalam jus minuman kesihatan (Stay Fit) ini bertindak sebagai satu program diet untuk membuatkan seseorang itu berasa lebih kenyang dan mampu mengawal selera makan. Kolagen pula berfungsi sebagai agen anti-penuaan yang bertindak menghilangkan kedutan dan rekahan pada kulit disamping menganjalkan struktur kulit.

Vitamin C membantu menjadikan kulit lebih cantik, gebu, halus dan cerah. Manakala Pueraria Mirifica berfungsi membantu memantap dan memontokkan payudara serta punggung.

Ekstrak teh hijau dapat membantu proses pelangsingan dan menurunkan berat badan. Selain itu, herba Kacip Fatimah pula membantu menjaga kesihatan dalaman wanita dan keharmonian rumahtangga.

Jus minuman Stay Fit yang berperisa Roselle ini memang enak diminum dan mudah disediakan. Ianya merupakan satu tumbuhan herba semulajadi, mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Membantu proses pencernaan bagi pengguna yang berhadapan dengan masalah sembelit dan pelawasan pembuangan yang tidak sempurna.

Kesan yang diperolehi selepas meminum Stay Fit ini akan membuatkan pengguna berasa kenyang dan bertenaga. Tidak perlu berpantang makan. Hasil penggunaan produk ini dapat dirasai selepas 4 ke 5 hari dengan tindak balas seperti payudara rasa mengembang dan anjal. Jika terus meminumnya badan rasa lebih ringan, kulit akan kelihatan lebih cantik, halus, gebu dan cerah. Wajah akan kelihatan muda, pelawasan pembuangan menjadi sempurna serta kesihatan dalaman terjaga untuk keharmonian suami isteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan